Glamour…Kredibiliti…List

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!

 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Memiliki produk yang baik tidak menjanjikan jualan yang hebat, jika teknik pemasaran yang digunakan tidak efektif.

Ramai yang berlumba – lumba menghasilkan produk yang baik, canggih dan berkualiti namun akhirnya ‘kecundang’ akibat teknik pemasaran yang tidak menjadi.

Tidak kurang juga yang telah membelanjakan banyak wang ringgit untuk menempah iklan – iklan di blog mahupun diruangan classified yang disediakan. Itu tidak termasuk kos menggunakan perkhidmatan pengiklanan Pay Per Click (PPC) melalui Google Adwords, Bidvertiser dan sebagainya. Bagi yang berkemampuan, ia mungkin bukan masalah. Tetapi bagaimana pula jika anda kekurangan modal untuk kempen pemasaran?

Tahukah anda bahawa untuk memasarkan produk di internet, anda seharusnya memenuhi sekurang – kurangnya 3 kriteria utama seorang pemasar / penjual? Tanpa 3 kriteria ini, kempen pemasaran anda mungkin berjalan dengan lambat dan jualan yang terhasil pun sedikit sebanyak mengecewakan anda. Baiklah, 3 kriteria utama yang saya maksudkan ialah :

1. Dikenali (Glamour)

2. Kredibiliti

3. List

Disini saya akan huraikan sedikit tentang pentingnya ketiga – tiga kriteria ini didalam kempen pemasaran.

Untuk menjual sesuatu diinternet, anda seharusnya dikenali kerana diinternet sebarang urusniaga tidak dijalankan bersemuka. Maka disinilah timbulnya rasa percaya atau tidak terhadap para penjual yang menawarkan produk mereka. Jika anda dikenali, lebih mudah untuk anda menjual produk anda kerana telah terdapat kepercayaan terhadap anda. Bayangkan anda sendiri, mahukah anda membeli dari seseorang yang anda tidak pernah kenal?

Keduanya ialah kredibiliti. Tanpa kredibiliti, kadar kepercayaan terhadap anda agak kurang. Apabila kurangnya rasa percaya, maka makin kuranglah kehendak untuk membeli dari anda. Kredibiliti ini termasuklah kemahiran anda menghasilkan produk yang berkualiti, khidmat pelanggan yang ‘tip – top’ serta kejujuran anda dalam setiap urusniaga.

Kriteria ketiga ialah list. Ramai sedia maklum bahawa ungkapan “The Money Is In The List” memang betul dan tanyalah mana – mana ‘otai’ usahawan internet tentang kepentingan membina list untuk memudahkan kempen pemasaran. Teknik email marketing telahpun terbukti keberkesanannya, dan rata – rata usahawan internet menggunakan teknik ini dalam mempromosikan produk mereka.

Baiklah, mungkin anda tertanya – tanya pula tentang apakah teknik pemasaran yang boleh memenuhi ketiga – tiga kriteria ini? Jawapannya saya, mudah sahaja iaitu…Teknik Pemasaran Joint Venture (JV). Joint Venture (JV) adalah proses kerjasama antara pemilik produk dan rakan – rakan usahawan yang lain untuk mempromosikan sesuatu produk. Kebiasaannya, teknik JV Affiliate menjadi pilihan. Sebagai balasan, para rakan JV akan diberikan komisen bagi setiap jualan yang terhasil.

Bagaimana teknik pemasaran JV boleh memenuhi ketiga – tiga kriteria ini; dikenali, kredibiliti dan list?

Mudah…apabila anda berJV, secara tidak langsung rakan – rakan JV anda akan menyebarkan nama anda serta perniagaan anda kepada ribuan list mereka melalui emel follow up serta mengiklankan tentang anda di blog mereka. Nah, anda sudah terkenal sekarang dan ‘glamour’…bayangkan sepanjang bulan tersebut mereka berbicara tentang anda dan produk anda, dan dibaca serta dilihat oleh ribuan ‘pengikut setia’ mereka…

Melalui JV juga kredibiliti anda boleh ditonjolkan. Saya pasti, rakan JV anda pasti menilai anda dan produk anda terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menerima jemputan anda. Keupayaan anda untuk melakukan JV dengan usahawan yang hebat pasti akan dipandang tinggi dan para pelanggan pasti tidak berasa was – was dengan anda dan produk anda. Tempias “kehebatan” rakan JV anda sebenarnya telah mengenai anda…

Tentang list, tak perlu risau. Walaupun anda tidak mempunyai list, namun jualan tetap berlaku iaitu melalui senarai list rakan JV anda. Jika anda mahu mengumpul list melalui landing page, juga tiada masalah. Kemungkinan ada dikalangan list rakan JV anda akan mendaftar juga sebagai subscriber anda kerana mereka juga mahukan informasi daripada anda.

Nah, sekarang anda pasti sudah faham mengapa teknik pemasaran JV ini sangat penting untuk memastikan pelancaran produk anda ‘meletup’.

Namun begitu, tidak semua tahu teknik JV yang betul dan beretika sekaligus menyebabkan jemputan mereka dihantar ke ‘recycle bin’, malah lebih teruk lagi nama mereka di ‘blacklist’…belum sempat JV, dah kena ‘banned’…ini serba sedikit menyebabkan teknik pemasaran ini sering diabaikan.

Tetapi, hari ini saya ingin beritahu anda bahawa anda dah tak perlu risau untuk JV dengan sesiapa sahaja kerana teknik serta kaedah yang betul telahpun didedahkan.

Sahabat baik saya, iaitu saudara Julius baru sahaja menerbitkan sebuah ebook khas iaitu “Rahsia Pemasaran Joint Venture (JV) “, khusus bagi anda yang mahu berjimat untuk kempen pemasaran produk anda disamping mahu memastikan jualan produk anda meledak!

Saya rasa saya tidak mampu nak ceritakan semuanya disini, jadi saya nak ajak anda untuk bersama – sama dengan saya melawati saudara Julius disini.

Bonus Khas

Sekiranya anda mendapatkan panduan di atas melalui link saya, saya akan berikan percuma lesen MRR SlideUp FX. Anda boleh jual software ini kepada orang ramai. Kalau anda bijak, buat satu panduan penggunaan dalam BM dan jual kepada orang ramai, sebab ianya satu software yang berkesan samada untuk membina list ataupun membuat promosi produk mahupun affiliate.

Klik disini untuk melihat demo software tersebut.

Jumpa disana!

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

Bonus

Perkembangan terkini

 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Huh…agak lama juga saya tak menulis apa-apa tips bisnes internet, bukan apa, saya kini agak sibuk sedikit dengan beberapa projek dan tempahan minisite.

Pertamanya, esok saya akan launch projek MRR yang bertajuk Panduan Bina List Responsif . Panduan ini bukannya hasil tulisan saya, tapi saya beli lesen PLR dari sahabat saya, Abooain. Dengan memiliki lesen PLR ini, saya diberikan hak jual semula produk beliau kepada orang ramai dan segala keuntungan adalah milik saya 100%. Inilah cara paling mudah dan cepat untuk mencari wang di internet. Cumanya, bagaimana anda merangka strategi untuk mendapat sales yang baik yang menjadi persoalan :)

Sebelum terlupa, kalau anda berminat, daftar disini bagi menerima diskaun RM9 semasa pelancarannya esok, harga asal RM29.

Kedua, saya kini sibuk mengumpul tajuk untuk dimasukkan ke dalam buku ketiga saya. Ini buku pertama di dalam niche internet business, buku pertama dan kedua saya di dalam niche multimedia yang kini berada di pasaran.

Idea buku ini timbul pada weekend baru-baru ini, terus bertanya kepada sahabat saya, saudara MasterYus dari SeminarTuisyen dan SeminarHartanah, dan insyaAllah, saya nak terbitkan juga buku ini, draft buku sudah saya siapkan. Tajuknya? Tunggu nanti saya akan beritahu :)

Ketiga, insyaAllah, saya akan mula membuat personal coaching pada bulan April ini nanti setelah mendapat banyak email yang minta saya buat personal coaching. Bukan tidak mahu, tapi kekangan masa dan juga saya belum beli lagi laptop, ialah, dengan adanya laptop, baru senang saya nak berikan tunjuk ajar secara live kepada mereka yang menghadiri personal coaching tersebut nanti, dan, alhamdulilah, saya bercadang mendapatkan laptop hasil dari komisen Rahsia Affiliate Kerajaan. Saya lebih gemar berada di rumah buat kerja depan komputer sahaja, tapi, kena juga up to date, sampai bila asyik depan komputer je…hohohohhoh..

Oklah, itu antara beberapa perkembangan saya setakat ini. Biasalah, ada projek yang kita plan awal, belum dapat disiapkan, yang datang kemudian, yang siap dahulu, ianya bergantung kepada situasi yang saya alami, harap anda faham :)

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Advertising Online

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

7 Perkara Yang Tidak Patut Lupa Semasa Melancarkan Produk

 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Benda paling menarik mengenai perniagaan internet ialah anda tidak perlu mempunyai produk yang sempurna sebelum pelancarannya. Anda boleh melancarkan produk dan lihat bagaimana hasilnya dan belajar dari kekurangan yang anda buat untuk produk tersebut. Saya juga ada membuat beberapa kesilapan terhadap produk saya dan saya mahu kongsikan dengan anda bagaimana caranya untuk tidak melakukan kesalahan yang sama sewaktu pelancaran produk anda (tidak kiralah ini produk anda yang pertama atau yang ke-50)..hohohoho

1. Jangan Lupa Mengedit Produk Anda

Jika anda hendak mengeluarkan ebook, EDIT TERLEBIH DULU. Saya sendiri selalu terlupa buat perkara ini dan saya dapati memang ebook saya mempunyai banyak kesalahan tatabahasa. Jika anda melancarkan produk sebelum betul-betul bersedia, ia mungkin mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Reputasi anda sebagai penulis dan usahawan internet juga akan terjejas. Pembeli akan hanya menganggap produk anda tidak berkualiti kerana mengesan kesalahan tatabahasa yang banyak.

Jika anda ingin tahu, kesalahan-kesalahan tatabahasa kecil di dalam blog masih boleh dimaafkan. Lagipun, bahasa yang digunakan selalunya adalah bahasa perbualan harian dan maklumat yang anda berikan adalah percuma. Tetapi apabila anda mula meletakkan harga kepada maklumat anda, penulisan itu perlu mantap atau anda berisiko tinggi untuk merosakkan reputasi (dan pendapatan online anda).

2. Jangan Lupa Beri Pelanggan Mencuba/Review Produk Anda

Produk anda MESTI mendapat review dan uji sebelum dilancarkan. Cuba dapatkan rakan  untuk menguji produk itu dahulu dan tunjukkan kepada anda kelemahan-kelemahan produk tersebut. Sebelum anda mula menjualnya dipasaran, anda berpeluang untuk membaikinya terlebih dahulu.

Dan jika anda ingin menjual produk anda dengan laku, anda juga memerlukan bantuan testimonial untuk memberitahu orang ramai bahawa produk anda berkualiti. Ini akan menerbitkan rasa percaya bakal pelanggan terhadap produk anda, dan jika mereka percaya kepada testimonial itu, sudah tentu kuasa membeli mereka akan meningkat 100 kali ganda.

3. Jangan Lupa Memasarkan Produk Sebelum Melancarkannya

Pemasaran produk sebelum anda melakukan pelancaran adalah penting kerana beberapa sebab:

a. Ia mewujudkan publisiti mengenai produk anda (jika promosi dilakukan dengan betul) dan memberi peluang kepada orang ramai berasa teruja. Jadi, apabila produk anda dilancarkan dalam pasaran, pelanggan akan berpusu-pusu membelinya. Saya ada tulis artikel berkaitan disini

b. Anda boleh menilai sendiri pendapat bakal-bakal pelanggan terhadap produk yang akan anda pasarkan. Adalah ia terlalu mahal, atau terlalu murah? Apa sebenarnya kehendak pasaran anda dan jenis produk apa yang mereka sanggup bayar untuk mendapatkannya? Perkara ini boleh membantu anda membuat pembetulan di saat-saat akhir dan mampu membantu menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada anda apabila anda melancarkan produk tersebut.

4. Jangan Lupa Mengeluarkan Produk yang Setimpal Dengan Harga Yang Dibayar

Ini paling penting untuk anda ingati. Berikan pelanggan anda satu produk yang berkualiti, sesuai dengan apa yang telah mereka laburkan untuk produk itu. Ini akan membuat mereka rasa berpuashati dan gembira dan akan meningkatkan promosi percuma dari mulut ke mulut oleh pelanggan-pelanggan anda.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Berikan mereka insentif sebagai tambahan pembelian produk anda asalkan ia tidak merugikan perniagaan anda. Contoh terbaik adalah dengan memberikan laporan-laporan percuma atau membuat pertandingan yang boleh disertai oleh pelanggan anda.

5. Jangan Lupa Menghasilkan Produk Yang Bermutu Tinggi

Anda akan rugi teruk jika melancarkan produk yang tidak berkualiti. Reputasi jatuh menjunam dan menyebabkan peluang perniagaan anda di masa akan datang menjadi kabur. Jadi, pastikan anda hanya melancarkan produk yang berkualiti tinggi, atau jangan lancarkan produk itu langsung.

6. Jangan Lupa Mengedit untuk Menjadikannya Lebih Baik

Apabila produk telah dilancarkan dan mendapati ianya mempunyai kelemahan berdasarkan maklum balas pengguna, edit produk itu dan buangkan kelemahan-kelemahan tersebut. Yang hebatnya tentang internet adalah anda boleh edit dan betulkan dengan mudah. Jika ada kesalahan ejaan atau tatabahasa, mudah sahaja nak membetulkannya. Dengan ini, aduan-aduan yang banyak anda terima sebelum ini akan jadi berkurangan dan bertambahlah pelanggan yang berpuashati.

7. Jangan Lupa Belajar Dari Kesilapan Lalu

Saya sudah pun belajar untuk tidak mengulangi kesilapan saya sewaktu pelancaran produk pertama di mana hasilnya amat mengecewakan. Tapi, apa yang telah saya pelajari boleh saya praktikkan untuk pelancaran produk-produk seterusnya. Jadi, jika anda telah melakukan kesilapan, jangan terlampau risau. Belajar dan terus belajar dari kesilapan anda dan buat yang lebih baik akan datang.

Ada beberapa projek saya yang gagal, tak perlulah saya nyatakan disini. Tapi, adakah saya perlu berputus-asa? Tidak sama sekali!! :)

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Mengenai Penulis

MazlieNadzri merupakan Interet Marketer separuh masa. Beliau mula aktif dalam perniagaan interet sejak awal tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi affiliate, penghasilan produk, pemilik servis design, dan pemasangan sistem. Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai multimedia yang kini berada di kedai-kedai buku berhampiran. Maklumat lanjut, layari blog beliau di sini untuk mempelajari ilmu bisnes internet.

*Nota Penting: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mazlie Nadzri di atas tidak dibuang. Anda boleh juga memasukkan link affiliate yang berkaitan ke dalam artikel ini untuk menjana pendapatan sampingan.

panduan sistem affiliate

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

Mengapa Produk Anda Memerlukan Pre-launch?

 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Adakah anda perasan yang kebanyakkan produk-produk besar kebelakangan ini melalui satu proses yang dipanggil “Pre-launch”?

Anda tahu mengapa?

Saya banyak membuat pre-launch terhadap produk  saya sendiri ataupun produk orang lain(MRR,RR)  untuk melihat sama ada ia akan menjual lebih banyak bilangan atau tidak. Apa yang dapat saya katakan adalah, dengan teknik  Pre-launch memberikan perbezaan yang ketara dalam jualan yang saya terima!

Pre-launch Mewujudkan Keghairahan

Pra-pelancaran fungsinya untuk memberitahu kepada orang ramai yang anda akan melancarkan produk dalam masa 30 hingga 60 hari lebih awal dari tarikh pelancaran asal agar mereka dapat membeli produk anda. Ia bukanlah taktik yang baru dicipta tetapi telah digunapakai bertahun-tahun oleh pengeluar filem dalam pengiklanan filem mereka.

Dengan memberitahu pelanggan lebih awal tentang pelancaran ini, ia secara automatik akan menimbulkan rasa ingin tahu mereka dan menimbulkan keghairahan. Orang akan mula bercakap mengenai produk tersebut di dalam forum atau dengan rakan-rakan dan keluarga. Ini akan menarik mereka untuk sentiasa melawat laman web pra-pelancaran tersebut untuk mendapatkan maklumat serta meneka-neka tarikh pelancaran yang sebenar.

Pre-launch Memberi Peluang Pelanggan Memberi Pandangan, Komen

Dalam produk berbentuk software ataupun sistem, pre-launch memberi anda peluang menunjukkan kepada pasaran fungsi produk dan dapatkan maklum balas mengenainya. Anda boleh mengumpul seberapa banyak komen dan cadangan sepanjang berlangsungnya pre-launch tersebut. Anda boleh menggunakan maklum balas tersebut untuk memperbaiki software itu agar pada hari pelancaran, ia menjadi 3 kali ganda lebih baik dari waktu ia mula-mula dicipta!

Tidak ada cara lain lagi untuk mengetahui apa yang pelanggan anda mahukan, dan kemudian, menjualkannya kepada mereka. Membuat produk dalam keadaan yang terbaik sebelum pelancaran boleh menjamin pulangan yang tinggi dan jualan yang banyak.

Pre-launch Bantu Membina Senarai

Jika anda menyertakan borang “sila langgan untuk maklumat lanjut”di laman pre-launch anda, orang ramai akan berpusu-pusu mendaftar semata-mata mahukan maklumat dan makluman tentang produk tersebut. Secara automatik, senarai email pelanggan anda meningkat dan boleh disimpan untuk kegunaan masa depan seperti pelancaran baru dan peningkatan mutu bagi produk yang anda lancarkan.

Untuk mendapatkan bilangan langganan yang tinggi, pastikan anda memberi mereka ganjaran kerana memberikan alamat email mereka. Samada diskaun dan sebagainya.

Faedah mendapat pelanggan di dalam senarai tersebut tidak henti-henti walaupun selepas produk itu dilancarkan. Jika mereka tidak membeli sekalipun, anda masih boleh gunakan email itu untuk menghantar promosi-promosi lain kepada mereka. Ia adalah cara yang mudah untuk menyambung penjanaan pendapatan dari mereka yang belum membeli produk pre-launch anda!

Dengan projek sistem easy order form saya telah berjaya mendapat 500 senarai email! Anda boleh bayangkan atau tidak bagaimana senarai itu membantu saya menjual produk-produk saya yang lain dan program affiliate yang saya sertai? Sekarang anda pasti mahu meletakkan borang tersebut di dalam laman pre-launch anda, bukan?

Apa Yang Dapat Disimpulkan

Perkara-perkara yang telah saya kongsikan ini adalah sebab-sebab utama kenapa produk anda memerlukan pre-launch, ia mewujudkan keghairahan, ia juga memberikan anda maklum balas dan meningkatkan mutu produk, dan ia membina senarai email pelanggan-pelanggan yg berminat dengan produk tersebut. Ketiga-tiga perkara ini adalah yang bakal meningkatkan pendapatan anda.

Secara terus terang saya katakan, saya tidak akan melancarkan lagi produk-produk saya tanpa membuat pre-launch terlebih dulu. Yosh!

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

Powered by WordPress | Best Cell Phone Plans | Thanks to Online Checking Account, High Yield Savings Account and CD Interest Rates