Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Seringkali saya menerima pertanyaan yang mereka tidak berjaya menjual barang di internet. Banyak faktor kenapa tidak berjaya, antaranya, produk tersebut bukanlah mempunyai permintaan, harga mahal, produk dah terlampau banyak dijual di internet dan sebagainya.
Tapi apa yang saya selalu terima pertanyaan adalah, masalah trafik. Ini adalah masalah yang sering kali masuk ke inbox email saya. Ok, baiklah, pengalaman saya sendiri, saya juga mempunyai masalah yang sama dengan anda. Malah, tanyalah mana-mana usahawan internet, masalah inilah yang mereka hadapi mula-mula.
Jadi, bagaimana caranya nak tarik trafik? Saya menggalakkan anda memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai dengan PERCUMA. Inilah yang saya lakukan. Dan inilah usahawan-usahawan lain lakukan. Memang banyak cara lagi, seperti SEO, forum dan sebagainya. Apa kata anda cuba cara yang saya nyatakan ini pula.
Sebagai contoh, katakan anda menjual produk fizikal seperti perfume di internet, apa kata, anda buat satu panduan ringkas bagaimana memilih perfume yang berkualit tapi dengan harga murah, cara mengekalkan bau perfume agar tahan lama dan sebagainya. Kemudian, anda edarkan panduan tersebut ke merata tempat, seperti di forum yang berkaitan, blog. Tidak mengapa keluarkan sedikit bajet untuk iklankan panduan tersebut.
Jangan lupa juga, letakkan link ke laman web perniagaan anda didalam panduan percuma tersebut. Kalau tidak, sia-sia sajalah usaha anda ini. Kalau hendak lebih mendatangkan manfaat, bina list anda melalui pemberian percuma tersebut. Antara alat yang boleh digunakan seperti getresponse. Apa sahaja mengenai promosi produk berkaitan perfume, anda boleh emai terus ke list anda. Bukankah menarik?
Sekiranya anda menjual produk bersalin, hasilkan ebook mengenai cara penjagaan kandungan ke atau apa sahaja yang anda rasakan bermanfaat untuk orang ramai. (Heii, setiap 10 saat, ada sahaja kelahiran didunia ni) Kalau nak lagi best, buat dua versi, english dan malaysia.
Inilah cara paling mudah saya rasa, anda hanya perlu membuat sedikit pembacaan sahaja untuk hasilkan ebook percuma ini dan kemudian promosikan kepada orang ramai. Saya nyatakan cara ini berkesan kerana saya telah menggunakannya.
Seperti baru-baru ini, saya menerima percuma Colgate Plax yang dipromosikan di tepi-tepi jalan. Kenapa mereka memberikannya percuma? Ianya sama sahaja seperti yang saya nyatakan diatas. Menarik pengguna yang menerima produk percuma tadi, mendapatkan secara berbayar selepas itu. Inilah strategi yang mereka gunakan, maka kita pun perlu menggunakan strategi ini juga untuk berniaga di internet.
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
p/s: Alhamdulilah, sambutan servis P.A.A.D.S menggalakkan, kepada anda yang berminat, segera dapatkan iklan anda disini.
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!



Posted in
Tags: 














Thanks Mazlie atas info yang cukup berguna.
Gotcha! Satu tips menarik untuk dicuba. Dengan lambakan e-books percuma daripada penulis IM terkenal, apakah tips untuk membantu saya yang tiada nama di dunia Internet ini?