Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya tertarik kisah Jerry Yang yang diceritakan didalam buku Learn From Successful Entrepreneurs. Mungkin ada yang tidak tahu, Jerry Yang adalah pengasas laman carian popular dunia, Yahoo!.
Beliau datang dari Taiwan ke Amerika Syarikat bersama ibu, nenek dan abang ketika berumur 10 tahun. Ketika itu beliau hanya tahu satu perkataan sahaja, iaitu ’shoes’.
Namun itu bukanlah alasan beliau tidak boleh berjaya. Beliau berjaya mendapat tempat di Universiti Stamford didalam bidang kejuruteraan.
Yang menarik perhatian saya ialah, usaha beliau menjadikan Yahoo! laman web yang popular. Beliau bekerja 20 jam sehari. Beliau sangat komited dan fokus untuk melonjakkan nama Yahoo!.
Kesimpulan
Mahu berjaya, tiada istilah penat untuk berusaha. Apa yang penting adalah kesungguhan kita dalam melakukannya. Usaha anda akan dibalas dengan setimpal di atas setiap usaha yang anda lakukan.
Cuba renungkan kembali, adakah kita betul-betul sudah berkorban untuk perniagaan yang dimiliki? Berapa lama masa yang kita peruntukkan untuk memantau perniagaan yang dibina?
Mari kita fikirkan bersama-sama
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!




Posted in
Tags: 














Kalau 20jamx7hari=140 jam seminggu.
hmmm…memang patut pun beliau jadi jutawan
Patut pun aku tak berjaya lagi…rupa-rupanya sikit sangat masa yang diperuntukkan. Tak per, kena usaha lebih lagi ni!