Pengajaran yang saya dapat dari masalah list saya..

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!


 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Diharapkan anda sihat sentiasa. Lama juga tak update blog saya ni, agak sibuk sedikit minggu ni disamping ada urusan peribadi. Saya akan berpindah ke Puchong pada bulan 7 ini.

Baiklah, saya teruskan kepada tajuk artikel hari ini. Baru-baru ini saya berpeluang membuat promosi bagi ebook ‘Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Malaysia’. Alhamdulilah, walaupun pada last-last minit promosi, sales masuk RM810. Alhamdulilah.

Kemudian, ebook ini terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu. Maka, ramailah list saya merungut kenapa ditutup jualannya, ada yang merayu kepada saya supaya memujuk saudara Razif menjual hanya kepada dia seorang. Hohoho! Ada yang sanggup bayar beratus untuk ebook ini. 

Dari apa yang saya lihat dan pengajaran untuk saya, masalah mereka adalah tiada simpanan. Ini dapat saya lihat dari email yang yang mereka hantar kepada saya, kebanyakannya mengatakan, mereka belum gaji masa itu. Kemudian saya terfikir, bagaimana kalau mereka ada hal kecemasan yang datang tanpa diduga? Berlakunya kemalangan dan sebagainya. Dimana mereka ingin mencari duit ketika itu? Ini yang saya fikir dari apa yang saya lihat.

Jadi, dapatlah saya simpulkan bahawa orang kita jarang menyimpan duit, tetapi lebih kepada menghabiskan duit. Kalau duit dihabiskan kepada perkara yang bermanfaat, seperti membeli buku, menyertai seminar dan sebagainya, ianya elok juga, tapi malangnye, lebih kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Jadi, jangan menyalahkan orang lain sekiranya sesuatu peluang itu terlepas, tapi pandanglah diri kita sendiri. Masyarakat kita perlu dididik supaya menabung. Bukan saya mengatakan menabung untuk membeli ebook sahaja, tapi yang lebih utama adalah untuk diri sendiri. Kalau yang berkahwin, fikirkan untuk anak-anak.

Semoga ianya bermanfaat kepada diri saya dan juga kepada anda.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Pengajaran yang saya dapat dari masalah list saya..”

  1. mariamNo Gravatar says:

    Mesti ada Reserved Fund dalam bentuk yang mudah dikeluarkan , untuk kegunaan emergency dan sebagainya. Mengikut pakar pakar kewangan Reserved Fund perlu, mungkin dalam jumlah 3 bulan ke 6 bulan perbelanjaan bulanan.

  2. abgzolNo Gravatar says:

    ..memang diakui masih ramai di kalangan kita mengabaikan tanggungjawap meyimpan ni. Di kala kecemasan masa tu ler baru garu kepala..dan isk menyesalnya aku tak menyimpan selama ini. So, drpd apa yg Mazlie kongsikan di sini..jom kita mulakan tabiat menyimpan meskipun bermula RM1 sehari. Sediakan tabung khas di rumah..setiap kali balik rumah ada syiling dlm poket tu terus masukkan ke dlm tabung. Aku sendiri pun masa bujang trang-tang dulu di saat kering kontang mula ler pecahkan tabung duit syiling :D hehehehehe..

  3. Rina OthmanNo Gravatar says:

    Masyarakat kita masih kurang tabiat menabung/menyimpan duit utk masa depan. Gaji hanya digunakan utk keperluan semasa tanpa fikirkan/pedulikan keperluan pada masa hadapan. Selain pentingnya Reserve Fund utk kecemasan, penting juga menabung utk masa depan anak2. Nanti tak de la anak2 nak kena buat pinjaman utk sambung blajar.

  4. mazlienadzriNo Gravatar says:

    hohohoho..mama Rina dah bersuara tu.. :P

    Tapi memang betul pun. Pentingya mempunyai sikap suka menyimpan.

  5. rahimahNo Gravatar says:

    Saya dah dapatkan buku tu masa tinggal 2 hari nak closing. Terus buat seperti yang di sarankan sebagai back up fund sebelum buat fulltime.Berita terbaru dari RHB jumaat lepas , ia mungkin di bekukan tak lama lagi. Alhamdulillah kalau simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Kena disiplin dari awal.

Leave a Reply

This site is using OpenAvatar based on
Powered by WordPress | Best Cell Phone Plans | Thanks to Online Checking Account, High Yield Savings Account and CD Interest Rates