Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulilah. Hanya perkataan tersebut yang mampu saya ucapkan bila saya dinobatkan sebagai juara affiliate bagi produk Duit Mania oleh Ammar Zahar.
Kelmarin saya menerima bonus mesin urut dari OSIM, hadiah juara affiliate tersebut. Memang seronoklah dapat urut kepala selepas penat bekerja. Yelah, nak suruh isteri urut, tak sampai seru lagi


Selain daripada alat diatas, saya juga menerima komisen wang tunai yang berjumlah USD1033. Ini merupakan komisen affiliate yang tertinggi yang saya terima setakat ini. Juga saya memenangi hadiah external hard disk 1 Terabytes untuk race 24 jam Duit Mania ini. Fuhh, boleh sumbat apa sahaja dalam hard disk tersebut
Secara totalnya, pendapatan saya daripada affiliate untuk bulan lepas berjumlah RM4K lebih termasuk komisen affiliate Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Malaysia yang berjumlah RM810, itupun promosi saat-saat terakhir tidak termasuk income dari main busines saya iaitu servis.
Hari ini sahaja income daripada servis masuk sebanyak RM520, alhamdulilah. Berkat nak kahwin kot :p

Bukti
Jelas disini, anda memang boleh menjana pendapatan di internet tetapi dengan cara yang betul. Cara yang sudah digunakan oleh mereka yang sudah berjaya. Saya hanya meniru cara mereka sahaja.
Mereka mempunyai senarai list, saya juga berusaha mencari list. Saya hanya promosi di list saya sahaja, samada seperti IM yang lain dan hasilnya seperti diatas.
Saya rasa sudah banyak kali saya mengatakan mengenai kepentingan memiliki mailing list ini. Ada yang masih endah tidak endah. Masih berkira ingin memilikinya atau tidak. Tidak mengapalah, saya hanya menyarankan sahaja apa yang saya rasai, keputusan tetap bergantung kepada anda juga.
Malah saya kini akan membina mailing list untuk niche yang lain pula, niche SEKS. Kenapa? Sebab saya lihat semakin banyak produk berkaitan niche ini ‘tumbuh’. Jadi, saya perlu melihat ini sebagai peluang untuk saya mencuba. Bukan SPAM sesuka hati, kemudian merungut tidak ada hasil.
Sebelum saya terlupa, sekiranya anda ingin mempelajari kuasa pemasaran email ini, dapatkan report percuma disini
Saya bukan bertujuan untuk menunjuk apa yang saya dapat, tapi saya ingin mengatakan anda memerlukan kaedah yang betul untuk berjaya. Itu sahaja.
Ikhlas,
Mazlie Nadzri
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!



Posted in
Tags: 

















