Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Assalammualaikum
Huh…lama sungguh tak menulis dengan idea sendiri. Bukannya apa, saya amat sibuk sekarang dan juga ada sedikit masalah personal disamping saya sedang membuat perancangan membina aset untuk perniagaan internet saya.
Juga saya sedang merancang projek selepas hari raya nanti.
Baiklah, kembali kepada tajuk utama post kali ini, saya sebenarnya baru selesai menemubual seorang IM yang boleh dikatakan newbie tapi melonjak naik tidak sampai setahun dengan penghasilan produk yang berjaya mencatat jualan puluhan ribu di internet.
Interview ini melibatkan 2 orang IM dan seorang lagi saya masih dalam proses temubual. Report ini akan diedarkan secara percuma kemungkinan selepas raya nanti. Tajuk report adalah “Dari Zero ke Hero IM”.
Berikut petikan interview tersebut
Soalan : Ramai newbie tahu akan kepentingan memiliki mailing-list sendiri, tetapi mereka masih tidak mahu membina mailing-list dengan alasan, tak mampu bayar sewa bulanan, apa nasihat anda kepada mereka?
Jawapan : Tidak mampu bukanlah alasannya. Tahu tetapi tidak melakukannya. Pasti ada yang tahu bahawa ilmu tanpa amal tidak berguna. Begitulah juga konsepnya. Kedengaran agak susah, tetapi anda tidak tahu selagi tidak mencuba. Apa yang perlu ditunggu? Just do it! Ianya akan menjadi susah jika anda seriing menangguh kerja. Kehidupan kita sebenarnya mudah, saya selalu tekankan, buat sekarang atau tak perlu buat langsung. Itu sahaja. Tiada pilihan buat esok atau minggu depan. Mungkin ada pernah dengar “Kerja bertangguh tidak menjadi”.

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!



Posted in 

















