Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Ada pelbagai jenis cakap-cakap orang di internet mengenai buat duit di internet. Ada yang mengatakan ianya susah dan ada yang mengatakan ianya mudah sahaja.
Saya sendiri pernah berfikiran seperti dua pendapat diatas. Kadang-kadang rasa susah dan kadang-kadang rasa sangat senang.
Kenapa ianya terjadi?
Kenapa 2 pendapat ini wujud. Kita mulakan dengan pendapat yang pertama dahulu.
Pendapat pertama : Buat duit mudah di internet
Golongan ini mengatakan ianya mudah kerana mereka sudah menguasai ilmu yang berkaitan. Mereka tahu bagaimana hendak menjual produk/servis mereka. Golongan ini kebanyakannya sudah merasai tahap begini setelah mereka puas bergelumang dengan kesalahan yang dilakukan pada peringkat awal. Dengan pengalaman tersebut mereka bangkit mencari ilmu dengan niat yang telah tersemat di dalam hati, kegagalan tidak lagi akan dilakukan.
Dengan ringkas katanya, mereka ini sudah tahu bagaimana nak dapatkan duit di internet dengan sekelip mata sahaja dengan ilmu yang mereka ada. Mereka mempunyai ramai bisnes partner yang sedia membantu, mereka mempunyai senarai mailing list yang boleh menghasilkan duit bila-bila masa, mereka mengkaji apakah permintaan pasaran dan pelbagai lagi.
Pendapat kedua : Susah buat duit di internet
Golongan ini merasa susah buat duit di internet kerana ingin mengambil jalan mudah. Mereka tidak serius tetapi memiliki nafsu yang tinggi. Maksudnya, mereka mahukan jumlah yang besar tetapi caranya tidak kena. Apabila ada orang yang menunjukkan cara yang betul yang memerlukan sedikit pengorbanan(wang ringgit, masa), mereka menolaknya mentah-mentah.
Untuk berjaya, ianya ada cara. Dan cara ini tak boleh tidak kena memerlukan sedikit pengorbanan.
Banyak lagi sebab-sebab yang lain, tapi cukuplah yang saya nyatakan ini sahaja. Sebenarnya, masalah ini bukanlah disebabkan oleh orang lain, tapi disebabkan oleh diri kita sendiri.
Jadi, kembali kepada asas dengan memantapkan ilmu yang berkaitan, saya yakin anda akan dapat lihat hasilnya dan pada masa itu, anda akan tersenyum akan hakikatnya
Ikhlas,
Mazlie Nadzri
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!




Posted in
Tags: 














Apa yang saudara cakap memang tepat sekali.
Tq for da good info, bg saya, kita akan merasai kedua2 perasaan itu selagi kita tetap melangkah ke depan tuk berjaya dalam perniagaan internet nie. Bg sayalah, bak kate saudara golongan no satu tu, pernah melakukan banyak kesalahan masa mula2 memulakan perniagaan internet, jadi mereka mencari ilmu untuk memperbaiki kelemahan diri. so pada waktu itu mereka merupakan golongan kedua.
Maksudnya, sebelum golongan satu tu menjadi seperti itu, mereka telah menjadi seperti golongan kedua pada mula2 mereka memulakan perniagaan internet.
Jadi saya ingin beritahu, kalau sekarang kita berada di golongan kedua, perbaiki kelemahan kita, usaha sungguh2, fokus, dapatkan ilmu melalui produk yang ber quality, praktikan, insyallah golongan pertama tu menanti kita pada masa hadapan.
Tq
Amril_Muidz @ IDIN
Kadang2 ada yang masih tidak mahu mengambil iktibar..
Betul tu, saya setujuh… tiada jalan pintas dalam perniagaan internet. Jika gagal, tanya diri kita kenapa kita gagal. Mungkin ada kesilapan yang dah kita lakukan.
setuju ngn pandangan bro..memang tepat sekali apa yg bro katakan tu..sbenarnya,susah payah yg kita harungi masa permulaan kita menjalankan bisnes tu adalah merupakan pelajaran dan pengalaman yg amat berguna utk kita bila bisnes kita sudah maju dan bertapak kukuh..
sy pasti ramai usahawan ‘berterima kasih’ dan ‘bersyukur’ dgn segala pengalaman suka duka yg mereka tempuh dulu..pengalaman mematangkan manusia,begitu juga bg sorg usahawan..
tak gitu bro mazlie?hehehe..
-sekadar pendapat ikhlas daripada saya -