Antara keuntungan dan rakan JV

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!

No Gravatar
Didalam bisnes, tidak kira samada online ataupun offline, mempunyai
rakan perniagaan adalah penting.
Anda tidak boleh bergerak secara bersendirian didalam
perniagaan anda sekiranya anda ingin berjaya.
Didalam perniagaan internet, lihatlah rakan-rakan IM kita yang berjaya
membuat jualan puluhan ribu hanya dalam masa beberapa hari sahaja.
Adakah mereka memperolehinya secara bersendirian? Tidak sama sekali!
Mereka sudah mempunyai ramai rakan bisnes(ataupun rakan JV) yang
sedia membantu seseorang IM itu membuat jualan yang tinggi.
Inilah peranan penting yang dilakukan oleh rakan JV.
Permasalahan
Namun, satu soalan yang penting untuk ditanya ialah:
” Antara duit dan rakan bisnes, mana yang lagi penting?”
Kalau anda melihat dari aspek ‘long term business’, saya yakin rakan
bisnes adalah jawapan yang anda akan pilih.
Didalam memelihara hubungan diantara rakan JV, sifat bantu membantu
hendaklah dikekalkan.
Sebagai contoh, rakan A menghubungi rakan rakan B untuk membantu
membuat jualan produk terbaru rakan A beberapa bulan lepas.
Kemudian, rakan B pula ingin melancarkan produknya sendiri, dan menghubungi
rakan A, meminta bantuan untuk membuat jualan, tetapi tiada jawapan, dan
sekiranya ada pun, jawapan yanag diberikan adalah ’saya sibuk’ sekarang.
Saya yakin, kalau rakan A tersebut memahami atau ikhlas ingin membantu,
alasan sibuk bukanlah satu alasan yang tepat.
Tahukan anda, ada diantara rakan JV bersetuju menerima undangan JV dan memberhentikan
seketika projek-projek mereka sendiri kerana ingin menjaga hubungan diantara
mereka.
Mereka sanggup membantu walaupun mereka juga sibuk.
Mungkin ada yang meengatakan, produk tersebut tidak sesuai untuk list mereka.
Ya, itu betul, tapi dalam artikel ini, saya tidak mahu fokus kepada isu tersebut.
Bagi saya, tiada gunanya anda mampu membuat jualan puluhan, ratusan ribu
tetapi anda tidak menghargai bantuan rakan JV tersebut.
Sedangkan, jualan yang terhasil adalah di atas bantuan rakan-rakan JV anda.
Duit kita mampu perolehi dengan mudah, tetapi sekiranya rakan JV anda sudah
hilang kepercayaan, itu adalah satu kemusnahan yang besar dalam perniagaan anda.
Saya sangat menghargai rakan-rakan IM yang lama, walaupun mereka sibuk, tetapi
masih sempat membantu saya, walaupun sesetengahnya tiada jualan yang dihasilkan,
itu bukanlah perkara utama, apa yang saya ingin lihat adalah istilah
rakan perniagaan tersebut dan nampaknya, ianya adalah positif dan saya
tidak teragak-agak akan membantu mereka-mereka ini di masa akan datang.
Inilah membezakan orang lama dan orang baru berfikir….
Ikhlas,
Mazlie Nadzri

Didalam bisnes, tidak kira samada online ataupun offline, mempunyai rakan perniagaan adalah penting.

Anda tidak boleh bergerak secara bersendirian didalam perniagaan anda sekiranya anda ingin berjaya.

Didalam perniagaan internet, lihatlah rakan-rakan IM kita yang berjaya membuat jualan puluhan ribu hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

Adakah mereka memperolehinya secara bersendirian? Tidak sama sekali! Mereka sudah mempunyai ramai rakan bisnes(ataupun rakan JV) yang sedia membantu seseorang IM itu membuat jualan yang tinggi.

Inilah peranan penting yang dilakukan oleh rakan JV.

Permasalahan

Namun, satu soalan yang penting untuk ditanya ialah:

” Antara keuntungan dan rakan jv, mana yang lagi penting?”

Kalau anda melihat dari aspek ‘long term business’, saya yakin rakan jv adalah jawapan yang anda akan pilih.

Didalam memelihara hubungan diantara rakan JV, sifat bantu membantu hendaklah dikekalkan.

Sebagai contoh, rakan A menghubungi rakan rakan B untuk membantu membuat jualan produk terbaru rakan A beberapa bulan lepas.

Kemudian, rakan B pula ingin melancarkan produknya sendiri, dan menghubungi rakan A, meminta bantuan untuk membuat jualan, tetapi tiada jawapan, dan sekiranya ada pun, jawapan yanag diberikan adalah ’saya sibuk’ sekarang.

Saya yakin, kalau rakan A tersebut memahami atau ikhlas ingin membantu, alasan sibuk bukanlah satu alasan yang tepat.

Tahukah anda, ada diantara rakan JV bersetuju menerima undangan JV dan memberhentikan seketika projek-projek mereka sendiri kerana ingin menjaga hubungan diantara mereka.

Mereka sanggup membantu walaupun mereka juga sibuk.

Mungkin ada yang meengatakan, produk tersebut tidak sesuai untuk list mereka. Ya, itu betul, tapi dalam artikel ini, saya tidak mahu fokus kepada isu tersebut.

Bagi saya, tiada gunanya anda mampu membuat jualan puluhan, ratusan ribu tetapi anda tidak menghargai bantuan rakan JV tersebut yang bertungkus lumus membantu jualan produk anda.

Sedangkan, jualan yang terhasil adalah di atas bantuan rakan-rakan JV anda juga, walaupun tidak banyak, namun, sedikit sebanyak ianya turut membantu.

Duit kita mampu perolehi dengan mudah, tetapi sekiranya rakan JV anda sudah hilang kepercayaan, itu adalah satu kemusnahan yang besar dalam perniagaan anda. Kalau rakan jv merasakan diri mereka seperti diguna pakai bila anda mahukan mereka, percayalah, mereka tidak akan mahu bekerjasama lagi selepas itu.

Saya sangat menghargai rakan-rakan IM yang lama, walaupun mereka sibuk, tetapi masih sempat membantu saya, walaupun sesetengahnya tiada jualan yang dihasilkan, itu bukanlah perkara utama yang saya mahukan, apa yang saya ingin lihat adalah istilah rakan perniagaan tersebut, sejauh mana mereka memahami kepentingan rakan jv dalam perniagaan internet  dan nampaknya, ianya adalah positif dan saya tidak teragak-agak akan membantu mereka-mereka ini di masa akan datang.

Kebanyakan daripada mereka yang menjemput saya untuk JV, dan saya menerima jemputan mereka, dan bila saya pula memerlukan mereka, alhamdulilah, mereka juga dapat menerima jemputan saya. Inilah perhubungan yang baik. Ingat, ‘mereka-mereka’ ini adalah orang lama, yang bermindakan keusahawanan.

Inilah membezakan orang lama didalam perniagaan internet dan orang baru dalam perniagaan internet berfikir….

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Antara keuntungan dan rakan JV”

  1. AbooainNo Gravatar says:

    Satu artikel yang baik dan peringatan buat diri saya. Saya bersetuju dengan pendapat Mazlie. Sama-sama kita renungi maksud yang tersurat dan tersirat dari apa yang hendak disampaikan oleh Mazlie ini. Jangan kita lembut gigi dari lidah apabila ingin memohon JV dengan orang lain tetapi memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap proposal rakan JV anda itu pula dengan alasan sibuk selepas kita berjaya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit dengan bantuannya. Jika anda sibuk sekalipun, cuba bahagikan masa anda kerana kerja kita tidak terikat dengan majikan atau seumpamanya kerana itulah kelebihan Perniagaan Internet.

    Terima Kasih di atas peringatan ini, Mazlie …….

  2. mazlienadzriNo Gravatar says:

    Terima kasih Abooain…

  3. ShukorNo Gravatar says:

    Terima kasih Mazlie dengan penerangan yang baik dalam artikel di atas.

    Memang betul tu, hubungan di antara rakan jv perlu dijaga. Seperti layang-layang, sekali dah putus tali, memang susah nak dapatkan balik layang-layang tu…

  4. zyrontyezNo Gravatar says:

    tips yang patut diamalkan oleh IM..terima kasih bro..
    memang betul rakan JV ni penting untuk jangka masa panjang..umpama rakan kongsi dalam bisnes offline..

  5. Khairul HazwanNo Gravatar says:

    Nasihat yg lahir dari hati Mazlie, mmg amat membantu sy yg baru dalam dunia IM ni utk memahami pemikiran para IM-IM yg lama seperti Saudara Mazlie. JV partner tak boleh kita sia-sia kan.

  6. mazlienadzriNo Gravatar says:

    Syukor,zyrontyez,Khairul Hazwan – semoga ianya menjadi panduan bila anda ingin membuat teknik JV nanti :)

  7. hairulNo Gravatar says:

    terima kasih diatas peringatan itu terutama bagi diri saya sendiri dimasa hadapan kelak.tanpa orang lama siapala orang baru..

  8. amril_muidzNo Gravatar says:

    Salam saudara,

    Saya setuju dengan pendapat saudara. JV kita kene ibaratkan macam member baik kita. Susah sama susah, senang sama senang. Walaupun saya tak berpeluang tuk JV dengan mane2 otai kita, Tapi saya selalu perhatikan kehebatan JV dalam pelancaran sesuatu produk.

    Tak kira walaupun sibuk, mereka akan cube membantu rakan2 mereka. Sesuatu yang patut kita contohi dari otai2 kita.

    Salam
    Amrilmuidz

  9. mazlienadzriNo Gravatar says:

    Ya, ibarat macam member baiklah, sama2 bantu membantu tidak kira dalam apa keadaan sekalipun selagi termampu..semoga menjadi panduan berguna untuk anda :)

  10. lanchiniNo Gravatar says:

    Salam,

    Topik yang sangat menarik dan berguna untuk newbie cam saya. InsyaAllah saya akan cuba aplikasikan nasihat saudara dalam membina hubungan dengan IM lain. Ramai berminat nak join JV, tapi tak ramai yang tahu bagaimana nak bina hubungan tu. Harap tuan dapat beri tips2 ni dalam post akan datang…

    Terima kasih

  11. jeffNo Gravatar says:

    Bro…boleh kasi aku alamat opis ko dan no tepon ko…aku susah nak caya kalau sekadar penerangan dalam website tanpa melihat dgn mata aku sendiri…ko lampirkan laa no tepon dan alamat ko senang org tau kebenarannya dan no tepon org2 yg dah berjaya bawah program ko..senang kami call dia bertya selanjutnya sebagai rujukan..ke ko sekadar menjual ebook aje..lepas jual lepas tangan tan nak bantu seterusnya memberi tunjuk ajar..

    harap beri penerangan

Leave a Reply

This site is using OpenAvatar based on
Powered by WordPress | Best Cell Phone Plans | Thanks to Online Checking Account, High Yield Savings Account and CD Interest Rates