Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Artikel ini elok dibaca untuk newbie yang baru didalam bidang internet marketing ini. Kalau yang dah lama, mungkin boleh refresh semula teknik ini
Kebanyakan IM(tidak semua), akan hasilkan produk, siap dan launch produk tersebut.
Tapi, saya pula suka hasilkan produk, dalam masa yang sama mencari standby buyers dan launch.
Apa bezanya?
Tiada beza yang besar, cuma, teknik yang saya gunakan adalah, saya sudah mempunyai bakal pembeli untuk produk saya walaupun saya belum melancarkannya.
Berbeza dengan kaedah biasa, kita perlu mencari pembeli selepas produk dilancarkan. Ada sedikit bezanya disini.
Saya berikan satu contoh untuk projek Sistem Easy Order Form saya. Saya telah hasilkan satu page untuk saya kumpul bakal pembeli produk tersebut seperti dibawah ini selama 2 minggu.
Didalam page tersebut, saya memberikan diskaun kepada mereka dengan syarat, mereka haruslah mendaftar form yang saya sediakan. Untuk mendapatkan form ini, anda perlulah ada sistem autoresponder.
Kalau yang masih tiada autoresponder, dapatkanlah, anda boleh menggunakan getresponse,aweber ataupun yang paling murah, norabot. Tidak perlulah bertangguh lagi sebab banyak kali saya nyatakan dalam blog ini, kebaikan yang banyak sekiranya anda mempunyai autoresponder ini.
Anda boleh meletakkan apa juga tawaran didalam page tersebut, tetapi, saya sarankan anda berikan diskaun, kerana orang berminat dengan perkataan diskaun ini
Untuk projek tersebut, saya mendapat 31 orang dan yang membeli adalah seramai 22 orang. Yang paling ramai membeli lesen RR dengan harga RM25
Lihat, saya sudah memperolehi ratusan ringgit walaupun belum dilancarkan kepada orang ramai dan saya hanya email kepada 31 orang ini dahulu. Mereka pembeli yang sudah sedia membeli produk saya apabila diberitahu.
Saya boleh berikan jaminan, kaedah ini amat berkesan menghasilkan jualan. Itu belum dikira selepas produk tersebut dilancarkan kepada orang ramai dengan keuntungan yang anda perolehi selepas itu.
Semoga bermanfaat,
Mazlie Nadzri
p/s: Saya akan bukan lesen RR untuk Sistem Easy Order Form minggu hadapan terhad kepada 30 orang sahaja, kemudian, ianya akan ditutup selamanya.
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!




Posted in 


















post yang menarik…tips ni memang bagus diapplykan untuk produk yang bakal dilancarkan
Terima kasih berkongsi info ni.
Saya masih lagi belajar bab2 mengumpul list ni, insyaAllah akan apply teknik dalam projek2 masa depan.
Tenkiu sekali lagi.
, hasilnya tdak mengecewakan
Thanks Mazlee
Satu perkongsian yang sangat berguna kepada saya.
InsyaAllah saya akan praktikkannya dalam produk keluaran saya nanti.
Mungkin lama lagi