Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!

Bisnes boleh ditafsirkan sebagai peperangan. Didalam peperangan, ada musuh. Didalam bisnes, ada pesaing. Ini realiti dalam peperangan dan bisnes.
Askar-askar yang ingin masuk ke dalam medan pertempuran harus ada strategi dalam menghadapi musuh, begitulah juga bisnes, memerlukan strategi, bukan dilakukan dengan sambil lewa melainkan anda berniaga untuk gagal.
1. Risikan
Kejayaan tentera Jepun didalam Perang Dunia Kedua adalah dibantu dengan perisik-perisik yang dihantar sebelum peperangan bermula lagi.
Sebagai contoh, servis design yang saya tawarkan mempunyai ramai pesaing, saya memang akui. Apa yang saya lakukan adalah, saya selalu melawat laman web mereka dan melihat strategi perniagaan mereka seperti harga, testimonial dan sebagainya untuk saya nilai. Saya juga yakin, mereka juga selalu melawat laman web servis saya untuk dinilai. Ini perkara biasa dalam bisnes.
Saya juga sentiasa peka dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka samada di forum, blog dan sebagainya kalau saya terjumpa. Dari testimonial tersebut saya akan tahu kenapa mereka suka dengan servis yang mereka tawarkan, dengan cara ini saya dapat memperbaiki apa yang kurang dimata mereka terhadap servis saya.
Begitu juga dengan anda, haruslah membuat risikan terhadap pesaing anda setiap masa.
2. Pantas memasuki medan ‘pertempuran’
Didalam buku Sun Tzu’s, Art of War in Marketing ada menyatakan,
’sesiapa yang sampai dahulu dan menguasai medan peperangan mempunyai masa untuk membuat persiapan sementara menunggu kehadiran musuh, manakala mereka yang sampai lewat akan berperang dalam keadaan lemah dan letih’
Didalam bisnes, kita boleh tafsirkan begini.
Banyak kelebihan pada sesiapa yang memasuki pasaran lebih awal berbanding orang lain.
Laihat bagaimana syarikat gergasi Coca Cola yang menjadi perintis kepada minuman berkarbonat di seluruh dunia. Mereka mampu berdiri teguh berpuluh tahun walaupun telah banyak syarikat yang mengedarkan minuman berkarbonat. Coca cola telah dilihat berpengalaman dan cekap berbanding yang lain.
Oleh itu, anda perlu berani menjadi yang terawal memasuki pasaran. Anda perlu berani masuk pasaran dengan produk baru. Produk yang belum lagi dihasilkan oleh orang lain.
Sebaliknya, cuba elakkan menjalankan perniagaan yang sedang popular. Sebagai contoh, produk OneDropPerfumes sedikit masa lalu yang hangat diperkatakan, ramai berlumba lumba menjadi pengedar, malangnya saya lihat sekarang, pasarannya sudah mulai tepu. Terlalu ramai yang menjalankan perniagaan tersebut.
Kalau dilihat, orang yang mula-mula menjual produk tersebut mendapat untung yang banyak berbanding orang yang baru.
3. Jangan mudah merasa selesa
Didalam peperangan, tentera-tentera diajar supaya sentiasa bersedia setiap masa, mereka diingatkan supaya sentiasa menjangkakan musuh akan datang.
Kalau anda usahawan yang mencipta program, software dan seumpamanya, pastikan anda peka dengan perkembangan teknologi terkini.
Sekiranya anda tidak melakukan penambahbaikan, sampai satu masa dikhuatiri program, software tersebut tidak akan berguna lagi.
4. Kepantasan
Kepantasan sangat penting didalam bisnes. Tidak kiralah bisnes online ataupun offline. Masa adalah emas bagi pelanggan.
Sekiranya anda menjual produk digital, pastikan tempoh masa untuk memberikan link download dalam jangkamasa 6-12 jam. Kalau lagi cepat, lagi bagus.
Bagi servis seperti design, jangkamasa sesuatu tempahan hendaklah disiapkan secepat yang mungkin. Perkara ini sangat saya tekankan dalam servis saya. Saya sanggup tolak tempahan sekiranya saya merasakan saya akan siap lambat. Selalunya atas faktor tempahan yang banyak ataupun saya ada hal yang perlu diutamakan.
Didalam buku Sun Tzu’s Art of War in Marketing menyatakan:
Kepantasan adalah perkara penting didalam peperangan
Itu antara beberapa teknik peperangan yang boleh diguna pakai didalam bisnes anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda gunakan didalam membina bisnes yang sebenar, tidak kira, offline ataupun online.
Ikhlas,
Mazlie Nadzri
p/s: Anda boleh copy dan paste artikel diatas didalam blog, newsletter anda dengan syarat, link kan ke blog ini.
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!




Posted in
Tags: 














Buku the art of war tu buka lama kan?
Ada dalam pasaran lagi ke?
Nak try beli satu.
Thanks kerana sudi berkongsi dengan kami tentang artikel yg mantop…
Terima kasih atas pengkongsian diatas yang boleh di jadikan panduan terutama orang baru dalam bidang nie.hheehe.. Saya suka strategi risikan tu.ehehhe
Amril Muidz
Saya akui Persaingan yang sihat adalah perkara biasa dan kadang-kala menjadi sangat menarik!
Sebagai contoh: dari segi iklan, Banyak syarikat sudah mula berani untuk isytihar perang ke atas saingan mereka. Baik secara terang-terangan ataupun simbolik. IKLAN yang sangat menarik perhatian saya adalah antara P1WIMAX dan TM NET.
Artikel ini diharap akan berjaya menimbulkan ‘PING!’ dalam minda setiap IM khususnya. – Syabas bro
tq,best sharing from bro mazni…
fadzri – ya, saya pun perhati sekarang perkara tersebut nampak terbuka sekarang, tapi seronok lihat company2 besar ni bersaing…ini perkara biasa…masing2 dgn satu tujuan, nak memenangi hati pelanggan
Production
-Focus on efficiency of internal operations
Sales
-Focus on aggressive sales techniques and believe that high sales result
in high profits
Market
-Focus on satisfying customer needs and wants while meeting objectives
Socieltal
-Focus on satisfying customer needs and wants while enchancing individual and societal well-being
saya harap,tips ini dapat di kongsi kan bersama.. =)
mislee – insyaAllah, semoga ada manfaatnya
Sebuah artikel yang menarik. Boleh saya gunakan sebagai strategi bisnes saya lepas ni. Moga ada lagi tip-tip macam ni dari bro..
“umpama perang, umpan perlu di korbankan….demi mencapai maksud dan impian”.
Terima kasih atas perkongsian ni, tak sangka pulak kena ada strategi peperangan dalam bidang IM bisnes ni. Siap ada risikan lagi, huhu..
Tapi betulla Mazlie, setiap orang mesti ada daya saing utk terus kekal. Cabaran dan persaingan makin sengit hari ke hari, tanpa strategi, sekejap je lingkup.. IT berkembang pesat, sapa tak peka, lewat dan lambat pasti akan ketinggalan..
Saya pun ada tiru sikit-sikit ideo bro Mazlee. Tapi banyak juga yang perlu saya belajar.
Terima kasih bro Mazlee…
asmid – hhohohoho…idea apa tu ya? kalau mahal kena caj kot :p
Saya suka yang point ke-4: KEPANTASAN. Dalam semua biz, kita sememangnya kena cepat bertindak. Begitu juga dalam merebut
sesuatu peluang.
“IT’s NOW of NEVER”.
Bagi saya, daripada kita nak buang masa nak pikir buat ke, tak nak buat ke… lebih baik jangan buat langsung. Lupakan terus.
Saya suka tengok persaingan harga antara Air Asia lwn FireFly. Konsep lebih kurang sama, tambang murah. Yang untung kita, pengguna.
Jadi, bagi saya kalau nak bersaing pun jangan bersaing pada harga, tapi bersaing dari mutu perkhidmatan yang diberikan. Harga kena maintain…baru boleh untung.
saya nak tunggu ulasan tu…
Anyway selamat bertunang semoga sampai ke ijab kabul. Amin…
peperangan yang akn menentukan kalah atau menang..
coz dlm bisnes 5% yg berjaye dan 95% adalah mereka yg gagal..
insyallah kite semua termasuk dlm 5% tersebut…
terima kasih dengan ulasan panjang lebar ni… peperangan dalam bisnes juga adalah satu jihad yang baik.
Agak menarik tajuk yang dikupas kali ni..saya rasa dalam keadaan ekonomi dunia kini yang agak suram harga produk yang murah menjadi pilihan utama pelanggan berbanding servis kerana hampir semua jenis perniagaan mempunyai ramai pembekal di dalam market. contohnya saya terlibat dalam industri perkhidmatan “facilities mgmt” yang mmg byk syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama dalam market kita yang sudah tepu. “supply over demand” so klau sy diberi pilihan sy lebih rela bersaing dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan itu sendiri berbanding trend market skrg yang menurunkan harga perkhidmatan yg mana sy lihat lebih menjurus kepada penurunan tahap kualiti perkhidmatan. Seperkara yang sy nampak ketara sama spt bisnes IM bleh diaplikasikan kebisnes sy ialah dengan memberi perkhidmatan “tambah nilai” kepada pihak pelanggan.
Walaubagaimanapun sy setuju bahawa risikan dan kepantasan diperlukan dalam menghadapi persaingan dlm perniagaan masa kini…semuga kita akan mendapat lebih byk faedah dan pelajaran dlm komen2 sebegini.
Saya mengambil peluang ni mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan2 IM yg sedang berjuang dlm peperanga IM ini…semoga akan wujud lebih ramai jutawan IM di tahun 2010 yg mencabar ini.
Strategi peperangan dalam bisnes | MazlieNadzri Dot Com…
Perniagaan juga ibarat peperangan. Artikel ini membongkarkan apa itu peperangan dalam perniagaan anda…