Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Muhammad Aqif bin Azizan merupakan penulis ebook Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting dan merupakan pemilik blog AqifStrategi.com yang membongkarkan 1001 soalan mengenai perniagaan dan pemasaran internet.
Penjanaan trafik amat penting dalam perniagaan internet untuk memastikan penjualan yang berterusan bagi sesuatu produk dan perkhidmatan. Namun, masalah yang dihadapi oleh sesetengah orang ialah mengabaikan beberapa teknik mudah untuk menjana trafik dan ini merupakan salah satu faktor utama mereka seringkali menghabiskan wang untuk mengetahui kaedah penjanaan trafik yang efektif.
Dengan menggunakan sebuah teknik penjanaan trafik mudah yang diberikan nama blog commenting, tindakan yang perlu anda lakukan ialah semudah A-B-C dimana anda cuma memerlukan beberapa minit sahaja untuk melakukannya dan hasil yang bakal diperoleh mampu mengubah persepsi anda mengenai teknik mudah ini.
Terdapat pelbagai perkara yang perlu anda fahami terlebih dahulu sebelum menggunakan teknik ini. Walaupun ia dikatakan efektif, namun anda tidak akan mampu melaksanakannya jika tidak menguasai asas-asas blog commenting. Antaranya:
Betapa Pentingnya Niat Anda
Sepertimana yang kita ketahui, kebanyakkan tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan niat . Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai niat yang baik sebelum anda mula menggunakan teknik ini.
Apakah niat yang dimaksudkan itu?
Sebelum anda mula untuk memberikan sebarang pendapat / kritikan / ulasan dalam ruangan komen yang disediakan, pastikan anda mempunyai niat untuk “membantu” mereka menyelesaikan masalah / persoalan yang dihadapi.
Perkara ini nampak kecil, namun tindakan yang berdasarkan niat yang betul dapat menghasilkan keputusan yang optimum. Jadi, pastikan niat anda berlandaskan menyelesaikan sesuatu perkara sebelum memulakan penulisan pada ruangan komen tuan empunya blog.
Komen Yang Mencipta Jalan Penyelesaian
Memberikan komen yang dapat memberikan jalan penyelesaian kepada para pembaca lain mampu meningkatkan kredibiliti dan meluaskan pengaruh anda. Lebih-lebih lagi apabila blog tersebut mempunyai jumlah pembaca yang ramai dimana anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan laman blog anda di ruangan yang disediakan.
Gunakan Konsep “I’m Problem Solver”
Apabila meletakkan diri anda sebagai Problem Solver (Penyelesai Masalah), maka secara automatik setiap komen yang anda berikan pasti memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca. Konsep seperti ini diguna pakai untuk membina personaliti sebagai individu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh tuan empunya blog dan para pembaca yang lain.
Perkara Asas Adalah Pemangkin Kejayaan.
Dengan menguasai perkara-perkara asas seperti yang telah dikongsikan, maka ia dapat permudahkan anda untuk mengimplimentasikan tindakan bagi menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Kesimpulannya, teknik pemasaran menggunakan blog commenting ini telah dibuktikan keberkesanannya. Kini hanya tinggal tindakan anda sahaja untuk menjadi orang seterusnya yang berjaya menjana trafik melalui teknik ini.
Muhammad Aqif bin Azizan merupakan penulis ebook Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting dan merupakan pemilik blog AqifStrategi.com yang membongkarkan 1001 soalan mengenai perniagaan dan pemasaran internet.
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!



Posted in
Tags: 














Terima kasih bro Aqif dan Mazlie di atas perkongsian tip di atas…
Selain daripada membina kredibilit..membantu orang..blog commenting juga dapat membina networking..sebagai contoh…orang akan kenali kita jika kita selalu memberi komen yang bernas untuk setiap post yang di buat…
Networking juga penting kerana ia membawa kita kepada jv partner..dah dalam perniagaan internet jv partner adalah sangat penting.. Kita lihat saudara mazlie juga mengamalkan jv partnet dan ia sangat berkesan.
Nampak remeh tapi saya pasti setiap post yang kita buat..kita mampu mengenali orang yang memberi komen pada post kita..dari situ kita akan membina satu networking baru ataupun rakan baru..
Just my opinion….
Salam
Amril Muidz