Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Perkara yang biasa dilakukan oleh syarikat mahupun usahawan dalam bersaing didalam perniagaan adalah menurunkan harga apabila produk mereka ‘bertembung’ antara satu sama lain.
Psikologi manusia memang akan tertarik dengan perkataan ‘harga rendah’.
Tetapi tahukah anda, menurunkan harga bukan cara terbaik untuk bersaing. Saya tidak menafikan ianya berjaya membuat jualan, tetapi hanya untuk jangka masa yang pendek sahaja.
Usahawan mungkin berjaya menarik pelanggan bagi membeli produk, tetapi bukan meningkatkan keuntungan. Pesaing yang lain juga terpaksa menurunkan harga untuk bersaing. Akhirnya semua pihak tidak akan mendapat untung walaupun jualan yang terhasil adalah banyak.
Sesetengah pesaing boleh bertindak dengan lebih dasyat dengan menurunkan harga serendah yang mungkin sehingga kita tidak mampu bersaing lagi.
Tambah nilai produk
Cara untuk bersaing yang disarankan oleh Pakar Strategi Perniagaan adalah menambah nilai terhadap produk anda. Dengan cara ini, pesaing tidak akan melihat anda ingin bersaing dengannya.
Sebagai contoh, syarikat penerbangan. Banyak pesaingan diantara mereka, tetapi mereka tidak boleh menurunkan harga serendah-rendah yang boleh kerana syarikat-syarikat tersebut memerlukan modal yang besar. Jadi, mereka menambah servis yang lain daripada yang lain bagi menarik perhatian pelanggan.
Strategi ini digunakan apabila objektif syarikat adalah untuk menghadapi persaingan. Ia akan membuatkan pelanggan memilih perkhidmatan mereka berbanding yang ditawarkan oleh pesaing.
Seperti saya, untuk servis virtualniaga.com, saya menambah servis setup dan design iklan peel away ads untuk bersaing dengan pesaing saya. Jadi, pesaing tidak akan nampak saya sebagai ancaman kepada mereka, sebab harga utama servis saya adalah sama dengan mereka juga
Jadi, sekiranya perniagaan anda mempunyai persaingan yang ramai, fikirkan sesuatu yang yang dapat menambah kelainan pada perniagaan anda untuk terus bertahan dalam pasaran.
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!



Posted in
Tags: 


















memikirkan pesaing nie memanglah rumit, saya setuju sistem tambah nilai, ia adalah sistem yang menarik…
pada pendapat saya pula, kualiti/mutu produk atau servis haruslah diutamakan dahulu sebelum memberi nilai tambah kepada produk yang ada.
Jika terdapat nilai tambah pada produk/servis anda, ia adalah satu bonus bagi perniagaan/servis anda…
Sekadar pendapat yang tak seberapa