Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Seperti biasa, saya pasti, ramai akan membicarakan mengenai azam tahun 2010. Bagi saya, alhamdulilah, ada beberapa azam yang saya tanamkan pada tahun 2009 telah pun berjaya dicapai. Berikut seperti dibawah ini:
1. Buku kedua dipasaran
Alhamdulilah, buku kedua saya sudah pun berada dipasaran. Buku tersebut adalah dalam niche multimedia. Tajuk buku adalah ‘Pembangunan Aplikasi Permainan Komputer Menggunakan Flash dan ActionScript 2.0 (Aras Pertengahan)’. Buku pertama saya telah berada dipasaran 2 tahun yang lepas.
2. Rangking blog
Azam saya pada tahun 2009 juga adalah untuk menempatkan blog saya berada dibawah 1juta, alhamdulilah, sudah berjaya mencapai target. Kini blog saya berada di tangga 700,000++, menurut maklumat yang disediakan oleh Alexa.com. Jumlah pengunjung juga semakin bertambah dari hari ke hari. Pada pertengahan tahun 2010, saya target untuk mencapai rangking 500+++ ke bawah pula.
3. Hasil pendapatan meningkat
Alhamdulilah, pendapatan pada tahun 2009 semakin meningkat berbanding pada tahun 2008 sewaktu mula-mula terbabit dalam dunia IM.
Pendapatan tersebut bertambah dengan beberapa cara seperti jualan produk sendiri, affiliate dan servis. Ketiga-tiga ini adalah sumber utama saya di internet ketika ini. InsyaAllah, pada tahun 2010 pula, ada tambahan iaitu menerusi royalti buku pula(buku pertama bukan royalti, saya mendapat bayaran secara pukal)
Dan target untuk tahun 2010 sudah semestinya untuk meningkatkan lagi pendapatan saya menerusi internet ini sebab pada tahun 2010 saya akan berkahwin…hohohohho
4. Produk sendiri
Alhamdulilah, beberapa projek saya sendiri telah berjaya dihasilkan seperti Sistem Easy Order Form versi (1.0) yang kini dalam proses upgrade versi 2.0 , Raja Grafik Icon, Twitter-Mania dan servis design Peel Away Ads.
InsyaAllah, pada tahun 2010 nanti, ada beberapa projek akan dihasilkan dan lebih kepada perkhidmatan.
Perubahan tahun 2010
Itu antara beberapa azam tahun 2009 saya yang berjaya dilaksanakan. Bagi tahun 2010 pula, saya belum menetapkan secara terperinci azam saya, tetapi, akan ada perubahan untuk diri saya terhadap dunia IM ini. Antaranya :
1. Tiada lagi promosi PPL
Saya akan berhenti terus promosi program PPL. Ini adalah keputusan saya. Perkara ini dah lama saya fikirkan, tetapi saya masih terus lakukan untuk 2009, tetapi pada tahun 2010, memang saya tidak akan terima lagi JV untuk program PPL. Saya ada alasan tersendiri kenapa saya mahu berhenti, sebab saya dah merasa kesannya yang ‘dasyat’ terhadap perjalanan bisnes saya. Tak perlulah saya beritahu disini kenapa.
2. JV produk
Untuk tahun 2010, saya lebih berhati-hati dengan mana-mana JV yang dijemput. Selalunya saya akan berkata ‘YA’, tapi untuk tahun 2010, saya tidak akan sewenang-wenangnya mengatakan YA lagi. Untuk produk buat duit, mungkin saya lebih banyak berkata TIDAK selepas ini, tetapi untuk produk teknikal, sangat-sangat dialu-alukan untuk JV. Contoh produk teknikal seperti software, panduan website, dan seumpama dengannya.
3. Pengiklanan di blog
Ramai yang email saya, tak buka ruang untuk pengiklanan di blog? InsyaAllah, tahun hadapan akan saya buka ruangan iklan, memandangkan trafik di blog saya semakin bertambah. Harga iklan akan saya maklumkan dalam satu artikel khusus nanti. Jadi, yang berminat, boleh alert dengan pengumuman ini nanti.
Akhir sekali…
Dengan beberapa ‘kejayaan’ yang saya perolehi pada tahun 2009, akan terus memberikan semangat kepada saya khususnya untuk terus ke hadapan membina kejayaan. Saya harap, anda juga telah bersedia untuk menempuh tahun 2010 yang semakin mencabar samada didalam kerjaya, kehidupan dan sebagainya.
Tidak perlu meletakkan azam yang terlalu banyak kalau anda tidak berkeupayaan melaksanakannya. Cukup satu dua, rancangkan perlaksanaannya dan rasai kejayaannya, insyaAllah, anda akan lebih bersemangat, bermotivasi untuk menempuh tahun-tahun yang akan datang
Selamat Tahun Baru 2010!
Ikhlas,
Mazlie Nadzri
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!




Posted in
Tags: 














Semoga lebih terus sukses di masa akan datang…
1. Rombakan peruntukan masa yang perlu dilakukan utk ‘bakal yang tak lama lagi jadi isteri’, memandangkan Mazlie akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi..
. Percaya la ckp saya, banyak yang perlu dirombak/diadjust utk ‘hijrah’ Mazlie tu.. Good Luck!
Semoga di tahun 2010 akan memberikan 1001 kejayaan buat Mazlie.
mungkin dua atau tiga tahun lagi saya akan berjaya spt saudara..banyak lagi yang perlu dipelajari..
selamat menyambut tahun baru 2010 ya!jumpa tahun depan
Satu prinsip yang saya pegang selama ini: Jika mahukan kejayaan yang memuaskan, usahalah ‘di atas kaki sendiri’. Jika mahu bermentor, carilah mentor yang ikhlas dan bukan kerana nama. Kedua, berkawan dengan kawan yang ikhlas dan jujur. Sekarang, ramai yang berkawan sebab ada udang di sebalik batu. Selepas kita berusaha bermati-matian itu, jangan sesekali membiarkan orang mempergunakan kita.
“If you want something, just go get it. Period.”
Selamat tahun baru, 2010.
Teruskan usaha murni anda. Kadang-kadang kita tak boleh berfikir terlalu lama untuk melakukan sesuatu. Amalkan tagline seperti Nike -> Just Do It. Tagline Celcom Axiata pula -> Semuanya Di Tangan Anda.
Usaha kita menentukan kejayaan, bukannya orang lain. Usaha itu tangga kejayaan.
Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua..
Memang blog saudara ni hebat. ituler barangkali yang menjadikan ia berjaya mencapai ke tahap tersebut. Semoga sdr terus berjaya menempa lebih banyak lagi kejayaan dalam tahun 2010.
Daripada pemerhatian saya, peratusan mereka-mereka yang meletakkan azam di blog adalah tinggi untuk menjayakan azam tersebut. Dan sudah tentu yang memberi komen juga akan mendapat tempiasnya.
Selamat maju jaya semua.
Tahniah dan syukur ke atas nikmatNya yang telah berikan kejayaan buat bro sepanjang tahun 2009. Bro adalah antara IM yang saya jadikan contoh untuk sy pelajari ilmu IM ni..
Moga tahn2010 ni, bro Madzlie akan lebih banyak berkongsi ilmu sama ada melalui produk ataupun dengan blog ni. I follow…
Saya juga doakan agar semuanya berjaya dengan azam masing-masing, samada azam tahun lepas ataupun azam untuk tahun 2010..