Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Beberapa faktor utama boleh menentukan sejauh mana mailing list anda dapat memberikan keuntungan. Berikut adalah beberapa faktor tersebut :
1. Kadar bukaan
Anda perlu tahu, tidak semua mailing list anda akan membuka email yang kita hantar. Ini mungkin disebabkan email kita masuk ke folder SPAM mereka, mereka tidak menggunakan email utama semasa sign-up squeeze page kita, mereka tidak membaca email kita serta merta dan kebiasaanya akan lupa dan terakhir, barangkali mereka memang tidak suka email yang kita hantar.
Menurut kajian, kadar bukaan sebanyak 20% adalah kadar yang paling minima. Sistem autoresponder dari Getresponse mempunyai fungsi melihat statistik kempen yang kita pasang. Seperti salah satu contoh kempen saya dibawah ini. Peratus yang buka adalah 24.8% bagi senarai email yang berjumlah 1843 orang
2. Kadar klik
Seperti point saya nombor satu, ianya sama juga terjadi pada kadar klik pada email yang dihantar kepada mailing list. Tidak semua mereka akan klik link yang kita masukkan dalam email. Saya dapat lihat, kalau saya hantar email dengan meletakkan dua atau tiga link dalam satu email, kadar klik adalah sangat rendah berbanding saya meletakkan hanya satu link sahaja.
Lihat statistik kempen yang sama seperti di atas ini. Jumlah yang klik adalah sebanyak 251 iaitu lebih kurang dalam 55%. Saya hanya meletakkan satu link sahaja dalam email ini. Kadar 55% ini adalah satu angka yang baik.
3. Kadar penukaran
Kadar 1% adalah kadar yang baik sekiranya list anda memberikan maklum balas dengan membeli produk yang anda tawarkan. Mungkin anda menganggap nilai sangat kecil, tapi anda akan tahu itulah hakikatnya kalau anda belum ada pengalaman mempunyai senarai email. Bukan senang menjadikan list kita sebagai pembeli.
Tetapi, dari pengalaman saya, kalau saya menjual produk saya sendiri, kadar peratusnya adalah dalam 5% – 10%. Sebabnya saya akan membuat kajian terlebih dahulu terhadap mailing list saya.
Untuk produk affliate yang saya promosi, ianya bergantung kepada tawaran saya dan laman web jualan produk tersebut. Seperti contoh, saya berjaya menjual produk Duit Mania kepada 64 orang didalam kempen saya berjumlah seramai 1747 orang sekaligus membolot USD1065. Bermakna, saya berjaya mendapat kira-kira 3.7%. Ini satu jumlah peratus yang sangat baik dalam mempromosikan produk affiliate.
Kesimpulan
Saya harap anda nampak apa yang saya cuba sampaikan disini. Mungkin selama ini anda menyangkakan email marketing ini mudah, tapi realitinya tidak mudah seperti yang disangka.
Saya sendiri masih belajar kenapa list saya masih kurang memberikan respon dan sebagainya. Mungkin ada salah dari saya sendiri.
Tapi, ini bukan memberikan gambaran keseluruhan mengenai email marketing. Email marketing masih lagi menjadi pilihan kepada mana-mana usahawan internet dalam membuat jualan. Kepada yang masih belum mendapatkan autoresponder, dapatkanlah sekarang.
Semasa saya hadir di seminar pakar affiliate semalam, masih ramai lagi yang tiada lagi sistem autoresponder. Sedangkan inilah perkara yang ditekankan oleh Jutawan Internet, Patric Chan sendiri semasa seminar tersebut. Anda lambat bertindak, anda semakin ketinggalan. Ketika saya sedang menulis artikel ni, saya sedang tolong seorang subscribers saya membuat pembelian sistem autoresponder getresponse.
Mungkin ada yang berkata, saya nak menyedapkan cerita, klik imej dibawah ini bukti email tersebut. Bukan sahaja email marketing ini penting untuk affiliate sahaja, malah boleh anda gunakan untuk apa juga bisnes di internet.
Iklhas,
Mazlie Nadzri
p/s: Dua sistem autoresponder yang saya galakkan adalah, getresponse dan aweber. Kalau anda nak gunakan getresponse, sebarang masalah, sila hubungi saya, insyaAllah, saya akan bantu sebab saya dah guna getresponse lebih 2 tahun.
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!



Posted in
Tags: 


















Satu analisa yang bagus utk dijadikan panduan! Kadar conversion rate sy juga agak lemah, kadang-kadang tak sampai 1 % pun..Setakat ni sy cuma mempromosi produk2 affiliate, bukan produk sendiri. Harap lepas ni bro Mazlie boleh tulis banyak lagi tips2 utk berjaya dgn mailing list ni.
TQ
Dan tawaran yang menarik