Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Pada 23hb yang lepas, saya berkesempatan menghadiri seminar Pakar Affiliate yang dianjurkan oleh saudara Zamri Nanyan dan Patric Chan.
Ramai juga yang hadir yang dapat saya lihat. Walaupun hampir kesemua content seminar tersebut telah saya ketahui, namun ianya dapat menyegarkan semula ingatan saya terhadap point-point yang penting yang mungkin saya dah tak ingat.Namun niat saya yang sebenarnya nak mendengar talk dari Patric Chan. Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga
Dan inilah juga seminar pertama yang saya dapat ‘turun padang’ berjumpa dengan IM-IM yang lain. Satu pengalaman yang menyeronokkan disamping dapat meluaskan network saya. Selepas sahaja saya balik dari seminar, beberapa tempahan masuk yang dibuat oleh bekas seminar tersebut. Cuma saya agak sedih sebab business card saya habis dan tak dapat bertukar-tukar business dengan prospek. Satu pengajaran bagi saya
Ok, dibawah ini adalah beberapa gambar yang saya ambil menggunakan kamera handphone saya. Harap maaf kalau kualitinya agak kureng ya
Patric Chan ketika memberikan talk. Sungguh bersemangat!!
Sesi bergambar beramai-ramai. Lama juga menunggu sebab Zamri dan Patric sibuk menguruskan jualan.Huhuhuh
Saya dan Patric Chan
Bersama Sham Raja Adsense dan Cikgu Hazar
Bersama Sham Raja Adsense dan Jamal (Juara Cabaran Pakar Affiliate)
Bersama Zamri Nanyan
Bersama Cikgu Yus dari SeminarTuisyen.com. Siapa nak buat seminar, boleh sewa dari beliau
Itulah beberapa gambar yang sempat saya ambil. Kepada yang saya tak sempat nak bergambar sama-sama, saya minta maaf sebab kekangan masa. InsyaAllah, kalau berjumpa di mana-mana seminar selepas ini, bolehlah kita bergambar dan bertukar-tukar pandangan
Saya pun merasa semakin bermotivasi pula bila menghadiri seminar-seminar macam ni, insyaAllah, ada peluang, saya akan cuba hadirkan diri untuk seminar yang akan datang pula.
Berjumpa lagi,
Mazlie Nadzri
Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!









Posted in
Tags: 














Papepun beruntung dapat berjumpa dengan Mazlie, dah nak balik pun boleh berikan idea & ilmu percuma kat lobby. Nak cerita memang susah berhenti & tak abis-abis. Ye tak?
itulah, ikutkan tak habis lagi menyembang masa tu…tapi terpaksa balik juga..harap ilmu free saya bagi tu, cikgu hazar boleh ambil…heheheh..cikgu nizam pun boleh ambil juga
1st time tengok gambar Mazlie secara penuh. Ho, ho. Tang perut tu nampak cam banyak duit je…
Kira okla tu, ingat nama. Saya ada masalah untuk ingat nama, walaupun student ramai. Cuma saya ingat lagi, masa sekolah dulu, cikgu-cikgu suka panggil saya Nizam. Tapi kawan-kawan suka panggil saya Yus.