Bolehkah Menjana Pendapatan Tetap dengan Pemasaran Affiliate?

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!


 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Menjana pendapatan tetap hanya dengan bergantung kepada pemasaran affiliate adalah tidak mustahil. Para affiliate tidak perlu bersusah payah menguruskan tempahan, penghantaran produk, membuat semakan transaksi kerana semuanya itu akan diuruskan oleh pemiliki program affiliate tersebut samada individu ataupun syarikat.  Anda juga boleh membuat pemasaran affiliate ini dengan sendiri tanpa perlu menggunakan bantuan luar.

Memang menjana pendapatan online bukan mudah, tetapi pemasaran affiliate memudahkan proses tersebut. Anda boleh membuat promosi sendiri dengan mengiklankan produk-produk anda melalui blog, email, atau website. Kaedah-kaedah ini akan mempercepatkan penjanaan pendapatan anda jika peluang sebegini digunakan sebaiknya.

Dengan pemasaran affiliate, anda adalah bos diri anda sendiri. Anda juga tidak perlu mempunyai banyak kebolehan. Apa yang perlu ada adalah komputer, talian internet dan masa yang mencukupi. Anda boleh bekerja mengikut masa atau jadual yang ditetapkan mengikut kesesuaian anda sendiri.

Affiliate adalah pendapatan sampingan saya, saya lebih kepada servis membina minisites,sistem,produk sendiri dan produk RR dan MRR.

Untuk affiliate, saya hanya luangkan beberapa jam untuk meneliti program affiliate yang saya berminat, kalau saya berpuas hati, saya akan buat promosi. Itu sahaja.

Terdapat banyak syarikat atau individu yang memerlukan bantuan anda mempromosikan produk-produk mereka. Jadi, anda boleh memilih produk atau perkhidmatan mana yang anda ingin promosikan.

Memang satu kenyataan bahawa mempromosikan produk atau perkhidmatan mengambil masa yang lama. Namun, usaha anda akan menunjukkan hasil jika pelanggan mula menunjuk minat terhadap produk anda dan menekan banner serta iklan-iklan yang anda sediakan. Gunakan teknologi internet dengan sebaiknya seperti promosi di blog, laman web, atau di mana-mana sahaja di internet. Tidak dinafikan kerja-kerja promosi ini adalah suatu yang mudah dan menyeronokkan sambil menjana pendapatan tetap di rumah. Yosh!

Mazlie Nadzri

p/s: Saya akan bercuti selama 5 hari. Penat rasanya kerja tanpa rehat yang cukup. Segala email tempahan, pertanyaan akan saya balas rabu minggu hadapan

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

Berikan lebih…


 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Realiti perniagaan di internet pada masa kini begitu sengit persaingannya berbanding dengan lima tahun sebelum ini. Hari ini sekiranya seseorang usahawan mahupun syarikat tidak dapat memenuhi permintaan pelanggannya, mereka akan susah mendapat jualan dan keuntungan.

Menurut kajian yang dibuat, 90% perniagaan itu gagal kerana persaingan yang sengit.

Pada hari ini, sekiranya seseorang usahawan internet tidak dapat memberikan perkhidmatan atau produk yang diharapkan oleh pelanggan, mereka tidak akan kembali semula mendapatkan perkhidmatan ataupun produk kita lagi selepas itu.

Ini kerana terdapat banyak lagi individu ataupun syaraikat lain yang mempu memenuhi permintaan pelanggan kita tadi.

Jadi persoalannya, bagaimana untuk kita mendapat keuntungan dan pelanggan yang setia kepada kita?

Jawapannya, kita terpaksa melakukan lebih daripada apa yang diharapkan oleh pelanggan tersebut. Kita perlu memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik supaya mereka akan kembali kepada kita lagi, dan lebih menarik, mereka akan memberitahu kepada rakan-rakannya mengenai produk atau perkhidmatan kita.

Kita perlu pastikan kita memberikan satu tahap terbaik untuk mereka supaya mereka tidak berpindah ke tempat lain.

Sebagai contoh, servis design virtualniaga saya, saya hanya mempertaruhkan kepantasan dalam menyiapkan tempahan pelanggan. Itu sahaja. Bukan tujuan hendak meninggi diri, tapi apa yang saya nak katakan adalah, kita kena tawarkan sesuatu yang mampu membuatkan kita berbeza dengan pesaing yang lain.

Target saya, saya akan pastikan draft design akan dihantar kepada pelanggan dalam temph 24-48 jam, dan kebanyakannya, akan siap semuanya tidak sampai 48 jam. Contoh seperti hari ini, saya menyiapkan 2 tempahan dalam masa 24 jam, semalam sahaja, 4 tempahan siap dalam tempoh 24 jam juga.

virtuaniaga

virtuaniaga

Jadi, berikan lebih untuk perniagaan anda. Fikirkan sesuatu yang mampu membuatkan anda berbeza dengan persaing anda yang lain.

Yosh!!

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

Menjadi Super Affiliate


 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Menjadi Super Affilate hakikatnya sangat sukar, namun, jika anda menunjukkan komitmen yang tinggi, pemasaran affiliate boleh menjadi lubuk pendapatan  online anda, dan berkemungkinan besar boleh menjadi sumber pendapatan utama anda berbanding sumber-sumber lain.

Ikuti langkah-langkah berikut dan anda pasti akan mencapai status seorang Super Affiliate!

Jalan paling pantas untuk menjadi super affiliate adalah dengan mengikut langkah-langkah yang dilalui oleh para affiliate yang sudah berjaya. Saya tahu perkara ini sukar dicapai tapi anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa mereka-mereka  ini sejak awal lagi sudah mula membina kaedah mereka sendiri untuk mendapatkan keuntungan. Oleh itu, ambil perhatian kerana pakar-pakar affiliate ini juga pernah berada di mana anda berada sekarang dan mereka tahu apa yang mereka katakan.

Sekiranya mereka menyatakan jangan membina senarai email dengan menggunakan autoresponder percuma, mereka bercakap kerana mereka sudah merasai kehilangan beribu-ribu list setelah bersusah payah membina list bertahun-tahun. Jadi, ikutlah nasihat mereka.

Baiklah,  perkara pertama yang perlu dilakukan oleh super affiliate adalah kajian mengenai niche pasaran mereka dengan mendalam untuk mengenalpasti produk mana yang sesuai dipromosikan. Apabila anda sudah memahami kehendak pelanggan, ianya akan menjadi lebih mudah. Ini yang sering saya lakukan.

Pertama, ia menjimatkan masa dan wang kerana anda tidak perlu mencuba daya potensi pasaran anda. Kedua, pelanggan akan lebih mempercayai anda kerana kajian yg telah anda jalankan mengenai potensi pasaran anda.

Keputusannya adalah jualan yang tinggi, dan dalam jangka masa panjang akan mengurangkan kos pemasaran kerana produk anda akan menjadi buah mulut orang selain mendapat jualan berulang!

Nasihat-nasihat lain yang mungkin diberikan oleh pakar-pakar affiliate kepada anda ialah untuk memberi tumpuan yang sebaiknya kepada usaha spesifik yang anda lakukan. Anda tidak akan mampu memuaskan kehendak semua orang, jadi jangan menjual semua benda dalam semua pasaran. Tumpukan usaha pemasaran anda kepada satu cabang dahulu, dan uji cara paling berkesan untuk pemasaran dan penjualan produk anda di pasaran itu.

Memandangkan anda sudah berjaya menjual beberapa produk affiliate, anda sudah pasti mahu mengembangkan pula jualam affiliate. Enjin carian pula adalah sumber utama yang sering digunakan oleh seseorang affiliate yang sudah berjaya. Anda boleh mencuba Pay Per Click (PPC) jika anda sudah membuat kajian mengenainya, dan yakin anda tidak akan kerugian besar! Saya selalu perhatikan para affiliate mengambil jalan ini, tetapi hanya berakhir dengan kerugian berbanding dengan keuntungan.Ianya memerlukan kajian kerana kalau silap langkah, anda akan terduduk kerugian.

Jika sudah mempunyai tapak yang kukuh dan mendapat cukup pengalaman dan keyakinan, sudah tiba masa untuk anda menambahkankan lagi program affiliate untuk menambah pendapatan! Daftarlah beberapa produk affiliate yang lain samada dari individu ataupun syarikat. Dengan kepelbagaian, anda akan mendapat lebih banyak pendedahan dan jika anda tidak mendapat bayaran dari satu produk affiliate, anda masih mempunyai produk-produk lain yang boleh memberi pendapatan kepada anda.

komisen affiliateKomisen affiliate saya bulan lepas(ada lagi komisen produk yang belum dibayar)

Selain itu, sentiasa peka dengan berita-berita, trend dan perubahan terbaru pasaran. Jangan takut untuk bertukar-tukar produk  dan juga program sekiranya perlu.  Sentiasa fleksibel, mahu perubahan, dan lakukan perubahan.

Akhir sekali, jangan sekali-kali berputus asa! Kaedah pemasaran yang menjadi beberapa bulan lalu mungkin tidak menjadi pada bulan ini atau bulan-bulan seterusnya.  Saya telah melihat ramai di kalangan affiliate mengangkat bendera putih walaupun mereka sudah boleh merasa pendapatan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi jika mereka bersabar dan bertahan.

Diulangi: untuk menjadi super affiliate bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan ketekunan yang tinggi lebih-lebih lagi jika anda bergerak bersendirian. Namun begitu, dengan sikap, produk dan pasaran niche yang betul, anda boleh menyenaraikan nama anda di dalam senarai Super Affiliate! Yosh!!

Mazlie Nadzri

p/s: Tawaran untuk Affiliate Kerajaan masih lagi dibuka. Maklumat lanjut di sini

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

Terhad, tawaran EMAS dari saya


 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Hanya pengumuman yang ringkas sahaja.

Kepada anda yang berminat hendak mengumpul senarai email sendiri (mailing list), tetapi kekangan wang untuk bayaran langganan bulanan, mungkin tawaran saya ini dapat membantu.

Klik link dibawah untuk maklumat lanjut :

http://mazlienadzri.com/Pe

Kuota hanya tinggal 5 2 sahaja lagi seperti didalam web tersebut.

Sekiranya anda ada persoalan, ajukan pada ruangan komen dibawah ini.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

Logo blog Mazlie Nadzri


 Powered by Max Banner Ads 
No Gravatar

Setelah lama saya mengidamkan logo khas untuk blog saya, akhirnya hasrat tersebut tercapai. Tujuannya adalah untuk mencipta jenama saya sendiri.  Bila sudah ada logol,  senang untuk saya menggunakannya untuk membina jenama saya samada meletakkanya di baju, topi dan sebagainya.

Antara perancagan saya tahun ini adalah untuk memperluaskan lagi nama saya. Dengan memiliki logo adalah salah satu daripadanya.

Logo tidak perlu yang terlampau complicated. Cukup designnya simple dan mudah diingati oleh orang yang melihatnya.

Didalam buku On Marketing, tulisan Philip Kotler, bahagian paling sukar dalam membina logo adalah slogan. Memang saya akui, saya sendiri pun bertukar-tukar slogan, susah hendak mencari yang sesuai dan ringkas.

Didalam buku tersebut, penulis ada menceritakan bagaimana syarikat Philips menukar slogannya beberapa kali dan masih mencari suatu slogan yang lebih baik.

Saya juga masih tidak berpuas hati dengan slogan saya, masih mencari dan mencipta..huhuhu…

Anda bagaimana pula? Sudah ada slogan dan logo sendiri? Kongsikan sekiranya ada dibawah ini :)

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Perancangan saya selepas ini adalah menempah baju yang mempunyai logo saya untuk tujuan branding :)

Pasang Sistem Affiliate

Sphere: Related Content

Sekiranya anda suka artikel ini, pastikan anda subscribe RSS feed saya!

Powered by WordPress | Best Cell Phone Plans | Thanks to Online Checking Account, High Yield Savings Account and CD Interest Rates